Majlis sembahyang hajat, bacaan Yaasin dan tahlil oleh 'Keluarga Besar Gemilang', Kemaman untuk Allahyarham Kapten Zainuddin bin Shuib telah diadakan dirumah arwah pada hari Jumaat 17 Februari 2012. Majlis ini diadakan selepas solat Jumaat dan berakhir pada jam 3.30 petang.
Semoga pemergian arwah diredhai oleh keluarganya.
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.
Al-Fatihah... Amin.
Foto sumbangan Mohd Al-Fiesal Nazir
Majlis Tahlil
Demo Taerobik
Gemilang Demo Team Kuala Terengganu telah mengadakan persembahan sempena perasmian program 'Fun Sport Fiesta 2012' anjuran Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Terengganu pada 17 Februari 2012 di Pekarangan Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.
Seramai 10 orang atlit gemilang dan 4 orang atlit Ko-kurikulum Gemilang-UiTM telah terlibat menjayakan persembahan tersebut.
'Taekwondo Sokmo'
Program 'Taekwondo Sokmo' telah diadakan di perkarangan Bangunan Kwang Tung pada 2 Februari 2012. Program ini diilhamkan oleh Master Mohd Ramlan Mohamed Farook dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Chendering, Terengganu.
Program ini bertujuan untuk mempromosikan seni bela diri taekwondo serta menggalakkan masyarakat mengenali dan menyertainya.