Kejohanan Taekwondo Pantai Gemilang Monsoon Cup 2011 telah mengeratkan silaturrahim di antara keluarga-keluarga atlit Gemilang dari Kuala Terengganu, Dungun, Paka dan Kemaman. Gambaran ini dapat disaksikan melalui pergaulan mesra sesama mereka bersama pihak penganjur ketika kejohanan berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari ke jam 2.00 petang.
Sekalung tahniah dari Suara Gemilang kerana pertarungan anak-anak Gemilang di gelanggang telah merapatkan perhubungan sesama ibu-bapa Gemilang.
Taerobik 1Malaysia Slideshow: Gemilang’s trip to Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
0
Keluarga Gemilang
0
Gemilang Monsoon Cup 2011
Kejohanan Taekwondo Pantai Gemilang Monsoon Cup kali 1 2011 diadakan pada 18 - 19 November 2011 sebagai acara sampingan kepada Monsoon Cup 2011 yang akan berlangsung pada 22 - 27 November 2011. Acara Sparring kategori umur 13 hingga 16 tahun dan 17 tahun ke atas lelaki dan perempuan dijalankan pada hari Jumaat 18 November dari jam 8.00 pagi ke 12.30 tengah hari.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fauzi bin Ariffin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu.
0
'Gemilang Demo Team' yang dianggotai oleh 13 atlit KGTT telah mengadakan Demonstrasi Taerobik sempena Ekspo Ilmu Dan Penguna Kuala Terenganu bertempat di Pusat Dagangan Terenganu (TTC). Pertunjukan tersebut dibahagikan kepada 7 segmen iaitu 'Basic Taerobic', 'Jumping Front Kick Breaking', 'Taerobic Kids', 'Somersault Breaking', 'Jumping Backswing Kick', 'Taerobik 1 Malaysia' dan 'Jumping Frontkick Kicking'. Demonstrasi ini turut diserikan dengan persembahan 'Fire Stick Demonstration' oleh Sir Shan dari UMT


Demo Taeeobik 2
Subscribe to:
Posts (Atom)