Pemenang Pingat Di Inter Clubs Kebangsaan TM Kali Pertama 2011
Suara Gemilang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen taekwondo Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu di atas kejayaan merangkul tempat ketiga keseluruhan dengan 3 pingat emas, 6 pingat perak dan 4 pingat gangsa di 1st TM National Inter Clubs Taekwondo Championship 2011 serta muncul sebagai johan bagi kategori Lelaki 14-17 tahun dengan 3 pingat emas dan 1 pingat perak.
Walaupun pencapaian ini tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pengurusan KGTT, namun kesungguhan dan komitmen atlit-atlit KGTT wajar dihargai berikutan cabaran sengit di kejohanan yang menampilkan penyertaan sehingga 900 orang atlit dari kelab-kelab seluruh Malaysia.
Tahniah kepada semua.
Majlis Perasmian
Majlis perasmian '1st TM Inter Clubs Championship 2011' telah di sempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Presiden Taekwondo Malaysia (TM) pada jam 3.00 petang 17 Disember 2011.
Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran turut berkenan menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada semua pengurus pasukan.