Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kategori yang dipertandingkan dalam Kejohanan Taekwondo Pantai Gemilang Monsoon Cup Kali 1 2011 telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Wan Ahmad Nizam bin Wan Abd Hamid, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Encik Abdul Aziz bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu dan Encik Mohd Fauzi bin Ariffin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Wan Ahmad Nizam bin Wan Abd Hamid pada 19 November 2011, jam 5.30 petang.
Para Pemenang
Gemilang Monsoon Cup 2011
Kejohanan Taekwondo Pantai Gemilang Monsoon Cup pada hari kedua (Sabtu 19 November 2011) membabitkan acara-acara bagi 10 kategori Junior Lelaki dan Perempuan 6 hingga 12 tahun.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu yang turut diiringi oleh Encik Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu serta pegawai-pegawai kejohanan.
Keluarga Gemilang
Kejohanan Taekwondo Pantai Gemilang Monsoon Cup 2011 telah mengeratkan silaturrahim di antara keluarga-keluarga atlit Gemilang dari Kuala Terengganu, Dungun, Paka dan Kemaman. Gambaran ini dapat disaksikan melalui pergaulan mesra sesama mereka bersama pihak penganjur ketika kejohanan berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari ke jam 2.00 petang.
Sekalung tahniah dari Suara Gemilang kerana pertarungan anak-anak Gemilang di gelanggang telah merapatkan perhubungan sesama ibu-bapa Gemilang.