Taerobik 1Malaysia Slideshow: Gemilang’s trip to Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
0

Pemenang Pingat Di Inter Clubs Kebangsaan TM Kali Pertama 2011

Suara Gemilang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen taekwondo Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu di atas kejayaan merangkul tempat ketiga keseluruhan dengan 3 pingat emas, 6 pingat perak dan 4 pingat gangsa di 1st TM National Inter Clubs Taekwondo Championship 2011 serta muncul sebagai johan bagi kategori Lelaki 14-17 tahun dengan 3 pingat emas dan 1 pingat perak.

Walaupun pencapaian ini tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pengurusan KGTT, namun  kesungguhan dan komitmen atlit-atlit KGTT wajar dihargai berikutan cabaran sengit  di kejohanan yang menampilkan penyertaan sehingga 900 orang atlit dari kelab-kelab seluruh Malaysia.

Tahniah kepada semua.

0

Majlis Perasmian

Majlis perasmian '1st TM Inter Clubs Championship 2011' telah di sempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Presiden Taekwondo Malaysia (TM) pada jam 3.00 petang 17 Disember 2011.

Dalam ucapan perasmiannya, Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran berkeyakinan sukan taekwondo mampu mengharumkan nama Malaysia dan berharap agar TM dapat memainkan peranan yang berkesan untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi meningkatkan taraf sukan ini di peringkat antarabangsa.

Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran turut berkenan menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada semua pengurus pasukan.



0

1st TM Inter Clubs Championship

Seramai 30 orang atlit Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu (KGTT) telah menyertai Kejohanan Inter Club TM kali pertama 2011 yang diadakan pada 16 - 18 Disember 2011 bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur.

KGTT telah menggondol 3 pingat emas, 6 pingat perak dan 4 pingat gangsa serta muncul sebagai johan kategori Lelaki 14 - 17 Tahun dengan mengondol 3 pingat emas dan 1 pingat perak.

Suara Gemilang mengucapkan tahniah kepada semua atlit, pengurusan dan para penyokong KGTT yang terlibat di dalam kejohanan tersebut.