Taerobik 1Malaysia Slideshow: Gemilang’s trip to Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
1

Al-Fatihah

Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu (KGTT) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Zainuddin bin Shuib, yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 3 Februari 2012 pada jam 5.45 pagi.

Allahyarham yang dikenali sebagai 'Abang Kapten' adalah bapa kepada Nur Aimi Najihah dan Mohd Syafiq dari KGTT Kemaman, meninggal dunia setelah terjatuh di rumahnya akibat serangan jantung. Master Shahidinshah Mohamad Farook, Ketua Jurulatih KGTT Kemaman dan Encik Nazir bin Kahar, Pengerusi Gemilang Supporters, menyifatkan pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada KGTT Kemaman dan bercadang mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang untuk disemadikan di Kedah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....

0

Taerobik 1 Malaysia Di Mydin Mall

Gemilang Taerobik Demo Team Kuala Terengganu telah mengadakan persembahan Taerobik 1 Malaysia di majlis Pelancaran KESUN Sempena Tahun Baru Cina di Mydin Mall Kuala Terengganu, oleh Y.A.M. Tengku Sri Temenggung Raja DK. SSMT,  pada 20 Januari 2012.

Penghargaan kepada Encik Murad Ali Bin Mydin, Pengurus Besar Mydin Holding Kawasan Pantai Timur, di atas sumbangan berbentuk baucer bernilai RM50 kepada setiap atlit Gemilang yang menjayakan persembahan tersebut.