Taerobik 1Malaysia Slideshow: Gemilang’s trip to Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

22 Jul 2011

CK Classic, KL

Kejohanan Taekwodo Jemputan Antarabangsa CK Malaysia Classic yang disertai oleh 800 atlit dari Malaysia, Thailand, Indonesia. Australia, Sri Lanka, India dan Korea Selatan telah diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur pada 14-17 Julai 2011.
KGTT Kuala Terengganu telah menghantar 7 atlit untuk menyertai acara 'Sparring' dan 6 atlit untuk acara 'Poomsae'.
KGTT Kuala Terengganu  telah berjaya merangkul 2 pingat emas menerusi Muhammad al Danial Rosli (Feather 14-17 tahun) dan Ahmad Muiz Ridhwan (Fin 10-13 tahun), dua pingat perak menerusi Muhd Alif Rosli (Fly 14-17 tahun) dan berpasukan poomsae (perempuan 10-13 tahun) serta 2 pingat gangsa menerusi Zakiah Adnan (Fly 10-13 tahun) dan Balqis (Fin 10-13 tahun).
Tahniah kepada semua semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang kepada atlit-atlit KGTT yang akan menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan pada 30 September hingga 2 Oktober nanti.

0 comments:

Post a Comment