Taerobik 1Malaysia Slideshow: Gemilang’s trip to Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

20 Nov 2011

Sekalung Penghargaan

Sekalung penghargaan kepada YBhg. Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu yang menyerikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Taekwondo Pantai Gemilang Monsoon Cup Kali 1 2011 pada 19 November 2011, juga kepada Encik Abd Aziz Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu dan Encik Mohd Fauzi Ariffin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu yang turut sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih kepada para siswa-siswi Unit Kokurikulum Taekwondo Gemilang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana sumbangan dari segi Teknikal dan Kepegawaian, semoga anda semua mendapat ilmu yang berharga semasa mengendalikan kejohanan ini.

Terima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di atas perkhidmatan merawat atlit-atlit yang tercedera, serta kepada  ibu-bapa kerana komitmen mereka menjayakan kejohanan ini. 













0 comments:

Post a Comment