Taerobik 1Malaysia Slideshow: Gemilang’s trip to Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Terengganu slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

5 Dec 2011

Anak-Anak Gemilang Di Kemaman

Bagi merealisasikan cabaran Gemilang di Kejohanan Taekwondo 'Inter Club' TM kali pertama 2011 yang dijadualkan pada 16-18 Disember 2011 bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu (KGTT) telah mengadakan program latihan secara berpusat yang dikendalikan oleh Sir Shahidin Shah Mohd Farook dan dibantu oleh Sir Najib Ali Mohd Farook di Kemaman bermula dari 5 - 14 Disember 2011.

Sehubungan itu, satu majlis ringkas penyerahan anak-anak Gemilang dari Kuala Terengganu, Dungun, Paka dan Kerteh kepada keluarga angkat telah diadakan di perkarangan SMK Sultan Ismail 1, pada 4 Disember 2011. Encik Nazir Kahar selaku Pengerusi 'Gemilang Supporters' KGTT telah melahirkan penghargaan kepada komitmen ibu-bapa yang terlibat sambil berharap pengorbanan mereka akan menghasilkan kejayaan kepada KGTT di kejohanan itu nanti.

Skuad KGTT seramai 37 orang atlit akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cabaran di kejohanan ini pada 15 Disember 2011.

0 comments:

Post a Comment