MISI
Penubuhan Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu (WTF) adalah berlatar belakangkan MISI untuk meningkatkan mutu sukan Taekwondo iaitu:-
- Memperkenalkan dan memperkembangkan sukan taekwondo khususnya di seluruh negeri Terengganu dan luar amnya.
- Melahirkan generasi baru yang bertanggungjawab dan berdisiplin dalam semua aspek sama ada dari segi aspek jasmani atau rohani.
- Mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi bagi mewakili negeri dan seterusnya mewakili negara dalam sukan taekwondo.
- Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman terbaru daripada Persatuan Taekwondo Malaysia dari segi pengurusan, pembangunan, teknik dan kemahiran yang akan disalurkan kepada atlit bagi membangunkan sukan taekwondo di negeri Terengganu khususnya.
- Menjadikan sukan taekwondo sebagai sukan yang terbaik di dalam negeri Terengganu dengan mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru.
- Memberi lebih banyak peluang kepada para peserta untuk menyertai kejohanan-kejohanan di dalam dan di luar negeri Terengganu.
- Menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri kepada rakyat negeri Terengganu yang ingin mendalami seni mempertahankan diri tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya.
VISI
Visi utama penubuhan akademi ini adalah seperti berikut:-
- Memperkembangkan serta meningkatkan mutu sukan taekwondo di Malaysia khususnya di negeri Terengganu. Melahirkan lebih ramai atlit cemerlang dan berpotensi untuk mengharumkan nama negara di arena sukan taekwondo.
- Melahirkan generasi muda yang mempunyai wawasan diri, berdisplin, bertanggungjawab serta mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi serta mampu mencorak kemajuan negara pada masa hadapan.
- Mempraktikkan seni mempertahankan diri untuk semua golongan masyarakat bagi meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental serta mengelakkan gejala sosial di kalangan remaja.
- Memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama antara satu sama lain di dalam masyarakat dengan penglibatan para atlit dan ibubapa di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu (WTF)