Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu (KGTT) telah menghantar seramai 17 orang atlit untuk menyertai Pertandingan Taekwondo Remaja Kebangsaan 2011 bertempat di stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 30 september hingga 2 Oktober 2011.
Pasukan KGTT telah muncul sebagai naib johan bagi kategori lelaki 14-17 tahun, tempat ketiga bagi kategori lelaki 10-13 tahun dan mendapat tempat ke 4 keseluruhan dengan menggondol 4 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.
Tahniah, semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang kepada atlit-atlit KGTT yang akan menyertai Kejohanan Antara kelab TM (TM Interclub Championship) yang dijangka akan diadakan pada bulan Disember nanti.
Remaja Kebangsaan, 2011
Taekwondo Pantai Kali 1, 2011
Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu telah menganjurkan Kejohanan Taekwondo Pantai Kali Pertama pada 30 Julai 2011 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang.
Kejohanan ini melibatkan penyertaan atlit-atlit KGTT dari seluruh negeri Terengganu yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru di samping sebagai asas kepada pemilihan atlit ke Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 30 September hingga 2 Oktober 2011.
Tahniah kepada yang berjaya....
CK Classic, KL
Kejohanan Taekwodo Jemputan Antarabangsa CK Malaysia Classic yang disertai oleh 800 atlit dari Malaysia, Thailand, Indonesia. Australia, Sri Lanka, India dan Korea Selatan telah diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur pada 14-17 Julai 2011.
KGTT Kuala Terengganu telah menghantar 7 atlit untuk menyertai acara 'Sparring' dan 6 atlit untuk acara 'Poomsae'.
KGTT Kuala Terengganu telah berjaya merangkul 2 pingat emas menerusi Muhammad al Danial Rosli (Feather 14-17 tahun) dan Ahmad Muiz Ridhwan (Fin 10-13 tahun), dua pingat perak menerusi Muhd Alif Rosli (Fly 14-17 tahun) dan berpasukan poomsae (perempuan 10-13 tahun) serta 2 pingat gangsa menerusi Zakiah Adnan (Fly 10-13 tahun) dan Balqis (Fin 10-13 tahun).
Tahniah kepada semua semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang kepada atlit-atlit KGTT yang akan menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan pada 30 September hingga 2 Oktober nanti.