Suara Gemilang mengucapkan syabas kepada atlit-atlit Kelab Gemilang Taekwondo Terengganu (KGTT) yang mengikuti sesi pemilihan ke Kejohanan Taekwondo Inter-Club TM 2011 di Dewan SMK Sultan Ismail 1, Kemaman pada 26 November 2011.
Sekalung tahniah kepada atlit-atlit yang telah terpilih untuk menyertai kejohanan tersebut, semoga segala tunjuk ajar dari para jurulatih KGTT akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meneruskan tradisi kegemilangan Gemilang.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada Sir Shahidin Shah, Sir Najib Ali dan Sir Shahrul yang telah berjaya mengendalikan sesi pemilihan tersebut dengan jayanya.
Pemilihan ke Inter-Club
Info Inter Club 2011
Kejohanan Taekwondo Inter Club TM kali 1 akan diadakan pada 16 - 18 Disember 2011 bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur. Atlit-atlit KGTT yang berminat boleh menghadiri sesi pemilihan seperti berikut:-
Hari : Sabtu
Tarikh : 26 November 2011
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : SMK Sultan Ismail 1, Kemaman
Sila hubungi Master Mohd Ramlan Mohd Farook (013-9372525), Sir Najib Ali Mohd Farook (012-90996540) dan Sir Shahidinshah Mohd Farook (019-9800077) untuk pertanyaan.
Sekalung Penghargaan
Sekalung penghargaan kepada YBhg. Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu yang menyerikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Taekwondo Pantai Gemilang Monsoon Cup Kali 1 2011 pada 19 November 2011, juga kepada Encik Abd Aziz Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu dan Encik Mohd Fauzi Ariffin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu yang turut sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Terima kasih kepada para siswa-siswi Unit Kokurikulum Taekwondo Gemilang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana sumbangan dari segi Teknikal dan Kepegawaian, semoga anda semua mendapat ilmu yang berharga semasa mengendalikan kejohanan ini.
Terima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di atas perkhidmatan merawat atlit-atlit yang tercedera, serta kepada ibu-bapa kerana komitmen mereka menjayakan kejohanan ini.